Driver Yang Tidak Dapat Dimasuki Dengan Double Click v1.2
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين والى آله وصحبه أجمعين
PANDUAN UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH DRIVER TIDAK BOLEH DI MASUKI SECARA NORMAL
[DOUBLE CLICK] v1.0
Pindaan v1.2 pada 23012008
Saya, Yang Mengharap Ilmu Dan Keberkatan Daripada Tuhannya, Muhammad Syafiq bin Zainuddin dengan ini mengeluarkan PANDUAN UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH DRIVER TIDAK BOLEH DIMASUKI SECARA NORMAL [DOUBLE CLICK].
Mukadimah:
Panduan ini dibuat adalah untuk menyahut seruan rakan-rakan daripada forum dan rakan sejurusan kerana mereka seringkali ditimpa masalah ini. Adalah tidak saya jangkakkan ada diantara rakan yang format sistem mereka kerana hal ini.
Adapun bukan sahaja untuk rakan-rakan saya, bahkan kesemua yang mendapat PDF ini dari mana pun anda mendapatnya. Semoga panduan ini dapat digunakan dengan sebaiknya. Dan sebarkanlah PDF ini kepada rakan-rakan anda yang lain semoga anda mendapat keberkatanNya.
Yang Mengharap Ilmu Dan Keberkatan Daripada Tuhannya, Muhammad Syafiq bin Zainuddin
Panduan Untuk Kali Pertama:
jika anda bermaksud untuk membaca dari helaian demi helaian, dicadangkan anda teruskan kepada langkah no1
jika anda bermaksud untuk mengetahui cara membetulkan driver sahaja, dicadangkan anda teruskan kepada langkah no4.4
Panduan:
-
matikan anda daripada segala connection dengan internet mahupun jaringan dalaman [LAN]. Kerana mungkin malware yang ada akan berjangkit kembali
-
matikan sementara “system-restore” anda
2.1. start > accessories > system tools > system restore
2.2 matikan system restore > turn off system restore to all drives > ok
-
scan sistem anda sepenuhnya dengan antivirus yang diupdate dengan update terbaru yang ada di sistem anda
3.1 jika ada fail terinfaksi, maka delete fail tersebut dan ikut langkah seterusnya iaitu 3.2, jika tidak ada fail terinfaksi, maka teruskan dengan langkah 4
3.2 reboot atau lebih dikenali sebagai restart sistem anda
-
membetulkan driver tidak boleh masuk dengan double click. Selalunya apabila ditekan akan keluar error popup seperti “*** can’t be run” atau “cannot find ***”. hal ini terjadi apabila ada script yang dibuat oleh virus untuk menjalankan fail virus ketika virus masih ada di dalam sistem anda. Oleh kerana sistem anda sudah bersih daripada fail penting virus tersebut, maka kini untuk membersihkan fail tinggalan virus tersebut
4.1 buka drive tersebut dengan cara membuka menggunakan address
4.2 sekarang kita perlu membuka option – show hidden files untuk melihat fail yang mengganggu drive kita selama ini
4.2.1 tools > folder options > view > files and folders >hidden files and folders [tick pada "show hidden files"]
4.2.2 tools > folder options > view > files and folders [untick pada "hide protected operating system files (recommended)"]
4.3 delete autorun.inf yang ada dalam setiap drive yang bermasalah.
Inilah script yang menganggu kita selama ini. Semoga dia tidak lagi datang kepada kita
4.4 keluar kembali kepada my computer. Kini script yang menganggu sistem kita sudah dilupuskan tetapi didalam registery masih tidak dibetulkan. Maka sampai masa untuk membetulkannya kembali.
4.5 right click pada icon driver > properties
4.6 tools > error checking > fix now > automatic fix system error files
4.7 adakalanya windows akan mencadangkan sistem direstart untuk membetulkan didalam boot. Katakan “yes” kepada cadangan tersebut. Dan lakukan seperti 4.5 kepada driver yang bermasalah yang lain. Setelah itu, reboot a.k.a. Restart sistem.
4.8 semasa reboot, windows akan menjalankan proses membetulkan criver tadi didalam bentuk skrin biru. Biarkan sahaja sehingga process habis.
4.9 sekarang cuba masuk kembali dididalam drive seperti biasa. Untuk memastikan pembaikian berjaya.
4.10 diharapkan anda berjaya membetulkan driver anda
Penutup:
perkara seperti ini tidak perlu hingga ke format sistem anda. Tetapi sedikit teknik, driver anda akan elok seperti biasa. Tidak saya katakan cara yang saya lampirkan ini adalah terbaik. Banyak cara lain yang lebih senang. Ini adalah antara cara yang universal. Anda akan tahu apabila banyak membantu kawan anda dalam masalah seperti ini.
Kronologi versi
v1.0 Yang Mengharap Ilmu Dan Keberkatan Daripada Tuhannya, Muhammad Syafiq Bin Zainuddin
v1.1 menambah gambar dan penambahan untuk penjelasan yang lebih baik
v1.2 penambahan sekali lagi untuk scandisk dan gambar capaian kepada scandisk dan pembetulan bahasa kepada yang lebih formal
activate by OpenOffice 2.3
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
versi pdf akan dimasukkan dalam jangak masa terdekat. saya mampunyai masalah dengan script


